PARIT, 18 Feb (Bernama) -- Seorang lagi remaja yang hilang di Sungai Perak berdekatan Kampung Tepus, di sini semalam, ditemukan lemas sekitar 7 petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sayani Saidon berkata mayat Muhammad Naufal Aiman Dzulkarnain, ditemukan berhampiran lokasi penemuan mayat rakannya Muhammad Nazrin Haidar Mohd Hisham pada 4.45 petang tadi.
“Usaha mencari mangsa (Muhammad Naufal Aiman) diteruskan dengan membuat teknik olakan air menggunakan bot JBPM dan mangsa kemudiannya ditemukan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Sayani berkata operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 7.30 petang, susulan penemuan mayat terakhir mangsa kejadian lemas itu.
Sebelum ini, media melaporkan dua remaja berusia 16 tahun itu dikhuatiri lemas, selepas cuba mengambil bola dari sungai tersebut pada 4 petang semalam.
Mereka bersama dua lagi rakan dikatakan bermain bola di beting pasir berhampiran sungai berkenaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial