WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PGA Gagalkan Cubaan Seludup Hampir 88,000 Kelapa Di Tumpat

19/02/2025 08:27 AM

KOTA BHARU, 19 Feb (Bernama) -- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lepas. 

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid dalam kenyataan hari ini berkata lima lelaki tempatan berumur 26 hingga 43 tahun terdiri daripada pemandu dan kelindan treler yang dipercayai menjadi penghantar kelapa itu ke negara jiran, turut ditahan.

Beliau berkata penahanan dan rampasan itu dilakukan anggota Batalion 7 PGA kira-kira 12.30 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan pada treler dan kawasan stor menemukan hampir 88,000 biji kelapa tanpa dokumen dan lesen pembelian kelapa yang sah. 

"Kelapa dan treler dirampas dianggar bernilai RM2.13 juta manakala kes disiasat di bawah Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan