WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Kapal Tentera Laut Iran Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Operasi

22/02/2025 12:27 PM

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) -- Dua kapal Tentera Laut Republik Islam Iran tiba di Pelabuhan Klang, Selangor semalam untuk lawatan operasi, menjadikan ia aset tentera laut pertama negara itu tiba di Malaysia. 

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam hantaran di media sosial memaklumkan dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.

"Pengarah Pembangunan Sumber Manusia Kepten Erman Shahril Adlan telah mengetuai delegasi TLDM menyambut ketibaan kedua-dua kapal tersebut dengan iringan Pancaragam Pusat TLDM. Turut hadir Duta Besar Iran ke Malaysia Valiollah Mohammadi Nasrabadi," menurut hantaran itu. 

Hantaran itu memaklumkan Erman serta delegasi daripada TLDM telah melawat kedua-dua kapal berkenaan dalam sesi meet and greet.

"Lawatan ini melakar satu catatan sejarah yang akan menjadi antara asas kepada pengukuhan hubungan dua hala TLDM dan Tentera Laut Republik Islam Iran pada masa hadapan," menurut hantaran itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan