WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kanak-kanak OKU Didera: Taska Didapati Beroperasi Tidak Ikut Peraturan

22/02/2025 04:12 PM

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) -- Taman asuhan kanak-kanak (taska) yang terpalit kes seorang kanak-kanak autistik berusia enam tahun disyaki didera di Shah Alam, Selangor, didapati beroperasi tidak mengikut peraturan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan dalam kenyataan bahawa pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah 

"JKM telah mengeluarkan notis larangan beroperasi kepada pengusaha tadika itu kerana kesalahan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak.

"Pihak JKM juga telah meminta pengusaha tadika itu untuk hadir ke pejabat JKM Negeri Selangor bagi mendapatkan maklumat susulan berkaitan kes ini," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut JKM, kes dirujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

JKM mengeluarkan kenyataan itu susulan siasatan terhadap aduan yang dibuat ibu bapa seorang kanak-kanak autistik yang mendakwa anak mereka didera di premis terbabit.

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan dan telah menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Beliau berkata laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh ibu mangsa pada 11.18 pagi, 16 Jan lepas, yang memaklumkan bahawa suaminya menemukan kesan kemerahan di belakang badan serta bawah mata kanan mangsa.

Siasatan polis dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan