SEPANG, 24 Feb (Bernama) -- Polis sedang memburu sekumpulan warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata di Bandar Baru Salak Tinggi di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Shan Gopal Krishnan berkata dalam kejadian 3.30 pagi itu, suspek yang bersenjatakan parang dipercayai memecah masuk rumah melalui pintu belakang.
"Suspek bergerak dalam kumpulan dua ke tiga orang, telah melarikan wang tunai serta barang kemas dianggarkan bernilai RM5,000. Semasa kejadian terdapat enam orang di rumah termasuk seorang pembantu, dengan seorang daripada mereka diikat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp B. Sathiyan di talian 013-2060771 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di 03-87774222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial