BERITA TERGEMPAR | Hud Aryan's body found stuck at a tree near the river bank in Tanah Merah this afternoon - Fire and Rescue Department | |
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ketua jurulatih beregu campuran negara Nova Widianto berkata peluang terbuka bagi mana-mana pasangan beregu campuran untuk merebut kejuaraan All England 2025 yang bakal berlangsung di Birmingham dari 11 hingga 16 Mac ini.
Beliau berkata ketiadaan dua bekas juara iaitu Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun serta gandingan China Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong kali ini menyaksikan peluang untuk melakar kejayaan pada kejohanan badminton tertua dunia itu.
Watanabe-Higashino mengumumkan tidak lagi bergandingan pada Ogos lepas manakala Si Wei-Ya Qiong pula menggantung raket masing-masing pada November dan bulan lepas.
Bagaimanapun, Nova mengingatkan beregu campuran nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mengawal emosi sekiranya mahu melakar pencapaian membanggakan pada saingan yang akan berlangsung di Utilita Arena Birmingham.
“All England ialah kejohanan besar dan mereka perlu selalu jaga emosi. Jangan letak harapan terlalu tinggi, kalau tak sukar untuk kawal (emosi) nanti.
“Selama ini mereka banyak kalah disebabkan (emosi). All England pada tahun lepas pun macam itu, sudah mendahului kemudian kalah dan itu harus menjadi pengajaran buat mereka,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini semalam.
Tahun lepas, perjalanan pasangan nombor empat dunia itu terhenti di pusingan kedua selepas dikejutkan oleh gandingan Belanda Robin Tabeling-Selena Piek, 21-17, 19-21, 16-21.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial