WILAYAH - TIMUR > BERITA

Kadar Zakat Fitrah Di Kelantan Ditetapkan RM8 Tahun Ini

26/02/2025 09:25 PM

KOTA BHARU, 26 Feb (Bernama) -- Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar zakat fitrah bagi tahun ini sebanyak RM8.

Yang Dipertuanya Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Abdul Aziz berkata individu boleh membuat bayaran RM14 atau RM21 berdasarkan keselesaan mengikut harga beras yang dimakan.

Beliau berkata jumlah ketetapan zakat fitrah itu telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Ketua Agama Islam Negeri seperti peruntukan Perkara 6 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.

"Kadar nisab zakat harta pula ialah sebanyak RM29,376 untuk haul antara Ramadan tahun 1446H hingga Ramadan tahun 1447H," katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Mohamad Rizam berkata pembayaran zakat boleh dilaksanakan melalui perkhidmatan kaunter baitulmal di masjid-masjid bandar dan jajahan atau menerusi portal MAIK di zakat.e-maik.my.

"MAIK berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak untuk mengambil maklum tentang ketetapan bayaran zakat berkenaan serta bersama-sama menghidupkan Ramadan tahun ini dengan amalan dan tanggungjawab berzakat sebagaimana difardukan," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan