KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah dua hari berturut-turut berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS).
Kontrak bulan semerta Februari 2025 susut kepada US$2,917.20 setiap auns troy daripada US$2,938.80 pada Selasa, manakala kontrak Mac 2025 turun kepada US$2,922.30 setiap auns troy daripada US$2,943.90 setiap auns troy sebelum itu.
Kontrak April 2025, Mei 2025 dan Jun 2025 merosot kepada US$2,935.0 setiap auns troy daripada US$2,954.30 setiap auns troy pada Selasa.
Jumlah dagangan meningkat kepada 64 lot daripada 51 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 95 kontrak daripada 63 kontrak sebelum itu.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 25 Feb, harga emas fizikal berada pada US$2,933.25 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial