KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- HeiTech Padu Bhd telah mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan Program Lanjutan Hayat Hidro (LEP) Sungai Perak.
HeiTech Padu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata dengan rekod prestasi yang terbukti dalam infrastruktur tenaga, perkongsian strategik dengan Voith Hydro GmbH & Co KG dari Austria dan perancangan kewangan yang mantap, syarikat itu sudah bersedia untuk menyumbang kepada tanggungjawab kontrak dengan berkesan, disamping menyumbang kepada kemampanan tenaga Malaysia secara jangka panjang.
Bulan lepas, HeiTech Padu menerima surat penerimaan dari TNB Power Generation Sdn Bhd untuk projek LEP Sungai Perak.
Kontrak tersebut menetapkan bahawa pihak konsortium akan menjalankan usaha kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta kerja-kerja awam yang berkaitan dengan elektrik untuk stesen janakuasa Temengor, Bersia dan Kenering bernilai RM1.04 bilion.
Bahagian kontrak HeiTech Padu adalah berjumlah RM902.96 juta.
"Kontrak itu dijangka menyumbang 25 peratus atau lebih daripada keuntungan bersih dan mengakibatkan pengalihan 25 peratus atau lebih daripada aset bersih syarikat itu untuk bergerak ke hadapan,” katanya.
Kontrak ini dijangka akan bermula pada 31 Mac 2025 dan akan terus berkuat kuasa selama 100 bulan dari tarikh permulaan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial