WILAYAH - SARAWAK > BERITA

60 Tan Bekalan Kelapa Untuk Terengganu Sempena Ramadan, Syawal

05/03/2025 06:33 PM

KUALA TERENGGANU, 5 Mac (Bernama) -- Sebanyak 60 tan kelapa dibekalkan ke Terengganu untuk memenuhi permintaan sepanjang Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu Muhamad Fadlee Hassan berkata 10 tan kelapa tua yang diimport dari Indonesia telah diterima untuk kegunaan sepanjang minggu pertama puasa.

"Pada Januari dan bulan lepas, FAMA Terengganu telah terima 30 tan kelapa tua yang diagihkan ke outlet FAMA, pemborong dan juga peniaga santan yang membeli secara terus.

"Dua minggu sebelum Aidilfitri, kita jangka permintaan akan meningkat sehingga 20 tan seminggu. Jadi, kita akan bawa masuk keseluruhan 60 tan untuk menampung permintaan pada bulan ini (Mac)," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata bekalan yang diterima daripada Ibu Pejabat FAMA itu akan dihantar ke Pusat Operasi FAMA, di sini dan Besut untuk diagihkan kepada outlet peruncitan di bawahnya.

Muhamad Fadlee berkata ketika ini bekalan kelapa tua dijual pada harga RM3 sekilogram dan harganya akan berubah mengikut pasaran semasa disebabkan beberapa faktor termasuk masalah kekurangan bekalan serta persaingan permintaan di peringkat global.

"Kenaikan harga kelapa di Malaysia disebabkan kemerosotan bekalan ekoran perubahan iklim. 

"Kita berharap inisiatif FAMA melalui pelan intervensi kelapa tua dapat memenuhi keperluan orang ramai di bulan Ramadan dan menjelang Syawal yang akan disambut tidak lama lagi," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan