KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- YTL Communications berjaya meraih Anugerah Inovasi Bersepadu 5G-A×AI pada Anugerah GTI 2025 kerana merintis penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pelaksanaan pembuatan termaju berasaskan robotik bagi Clarion Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif Wing K Lee berkata anugerah itu menekankan komitmen syarikat untuk berinovasi, selain menyampaikan penyelesaian bertaraf dunia bagi memperbaiki kehidupan dan meningkatkan produktiviti.
“5G bukan sahaja mengenai kelajuan yang pantas. Ia juga mengenai transformasi industri, memperkasakan perniagaan dan mewujudkan pemerkasaan digital untuk negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
YTL Communications berjaya menyampaikan Rangkaian Persendirian Yes 5G SA serba lengkap di Clarion Malaysia, sekali gus meningkatkan pengeluaran elektronik automotifnya hingga menjadi model transformasi Industri 4.0.
Clarion juga menjadi kemudahan pembuatan pintar dikuasai 5G persendirian pertama di Malaysia.
Penggunaan Rangkaian Persendirian Yes 5G SA dan AI berjaya mengurangkan 100 peratus dalam ralat manual, penurunan sebanyak 70 peratus dalam waktu pemprosesan dan 80 peratus dalam kecekapan pengendalian bahan.
“Ia membuktikan potensi 5G untuk memacu kecekapan, kualiti dan ketangkasan operasi dalam sektor pembuatan,” kata kenyataan itu.
Rangkaian Yes Private 5G adalah teras kepada transformasi tersebut, menyediakan asas yang teguh bagi menyepadukan teknologi canggih seperti AI, internet pelbagai benda dan aplikasi robotik.
Katanya, ia menghasilkan tahap kecerdasan dan automasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial