KOTA KINABALU, 8 Mac (Bernama) -- Jalan Keningau-Tenom di Kilometer 151.950/142.250 ditutup bermula hari ini atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh.
Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja penyediaan laluan lencongan sedang giat dijalankan, namun jika hujan berterusan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan.
“Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif iaitu Jalan Tenom-Sipitang (melalui Sipitang),” menurut kenyataan itu hari ini.
Sementara itu, JKR Sabah turut memaklumkan Jalan Keningau-Kimanis juga ditutup sepenuhnya sejak 4 Mac demi keselamatan pengguna kerana kejadian tanah runtuh masih dikesan di laluan berkenaan.
“Orang ramai dari Kota Kinabalu ke Keningau atau Tenom dinasihatkan agar menggunakan jalan alternatif melalui Tambunan (Kota Kinabalu-Keningau-Tenom).
"JKR membuat pemantauan berterusan dan kerja-kerja pembersihan masih dilaksanakan, bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan di lokasi, sekiranya cuaca tidak mengizinkan dan runtuhan masih aktif, penutupan jalan terpaksa dilanjutkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial