WILAYAH - TENGAH > BERITA

Anwar Terima Kunjungan Hormat Duta Besar AS Ke Malaysia

11/03/2025 07:45 PM

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

"Turut menyentuh soal Kepengerusian ASEAN 2025 terutamanya terkait Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat," katanya.

Perdana Menteri turut mengundang Presiden AS Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang dijadualkan berlangsung hujung tahun ini.

Untuk rekod, Malaysia menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan