WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Rakyat China Lakukan Perjalanan Nikmati Keindahan Musim Bunga

13/03/2025 01:18 PM

BEIJING, 13 Mac (Bernama-CMG) -- Berikutan dengan ketibaan musim bunga di negara China, ramai rakyat melakukan perjalanan untuk menikmati keindahan bunga pada musim yang penuh dinamik ketika ini.

Menurut data daripada platform pelancongan dalam talian, pasaran pelancongan musim bunga tahun ini menyambut musim puncak lebih awal, dan jumlah carian yang berkaitan dengan "menikmati bunga" meningkat sebanyak 2.2 kali ganda berbanding tempoh yang sama pada 2024.

Golongan 1980-an dan 1990-an lebih cenderung kepada lawatan menikmati bunga, dan menyumbang hampir 55 peratus daripada jumlah pelancong.

Selain itu, berikutan dasar bebas visa yang dilaksanakan kerajaan China untuk lebih banyak negara, lebih ramai pengembara asing berkunjung ke tempat pelancongan di serata China.

Untuk rekod, China setakat ini telah melaksanakan dasar pengecualian visa secara sepihak kepada pelancong dari 38 negara, dan melanjutkan masa pengecualian visa transit bagi pelancong dari 54 negara kepada 240 jam. "China Travel" semakin popolar dalam kalangan pelancong asing.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan