WILAYAH - SARAWAK > BERITA

TMK Chemical Beli Tanah Di Singapura Pada Harga RM48.99 Juta

13/03/2025 08:19 PM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Chlor-Al Chemical Pte Ltd (CAL) akan membeli sebidang tanah di Singapura daripada Chin Yuan Metal Pte Ltd (CYM) pada harga S$14.80 juta (S$1 = RM3.31).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, TMK berkata CAL menerima surat tawaran daripada CYM bertarikh 4 Mac, 2025 pada 13 Mac, 2025.

Katanya, sebidang tanah pegangan pajakan itu terletak di Tuas Street dan ia termasuk kilang berkembar berukuran standard dengan pejabat di tingkat mezanin.

“Kecuali berlaku sesuatu yang tidak dijangka, cadangan pengambilalihan itu dijangka selesai pada suku pertama 2026,” katanya.

TMK berkata cadangan pengambilalihan akan memudahkan hasrat TMK dan syarikat subsidiarinya untuk mengembangkan operasinya ke Singapura.

“Cadangan pengambilalihan ini tidak akan memberi kesan kepada modal saham terbitan TMK mahupun pegangan saham utama pemegang saham TMK dalam syarikat kerana ia tidak melibatkan terbitan saham dalam TMK.

“Ia juga dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas aset bersih, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang TMK Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 tetapi ia dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan akan datang TMK Group,” katanya. 

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan