WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Asrama Pekerja Binaan Di Seremban Terbakar

30/06/2025 11:38 PM

SEREMBAN, 30 Jun (Bernama) -- Kira-kira 30 unit kontena yang dijadikan asrama pekerja tapak pembinaan di Taman Forest Heights di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Nafi Wahid berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 6.07 petang.

“Kontena yang keseluruhan berkeluasan 300x600 kaki persegi itu musnah kira-kira 80 peratus, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan kawasan itu kosong ketika kejadian berikutan pekerja binaan belum pulang daripada bekerja.

“Berdasarkan maklumat daripada pemaju, asrama pembinaan itu menempatkan kira-kira 40 pekerja. Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.

Beliau berkata operasi pemadaman membabitkan 18 anggota itu tamat pada 9.16 malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan