WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Warga Emas Meninggal Dunia Selepas Aktiviti Menyelam Di Pulau Tioman

06/07/2025 08:47 AM

KUANTAN, 6 Julai (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia selepas melakukan aktiviti menyelam di pantai Kampung Paya, Pulau Tioman, Rompin semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin Supt Sharif Shai Sharif Mondoi berkata mangsa, Low Choon Foi, 72, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terbaring di tepi pantai kira-kira 7.40 malam oleh rakannya, selepas mereka ke lokasi itu untuk menyelam sekitar 6.30 petang.

"Rakan mangsa kemudian mendapatkan bantuan pihak pengurusan tempat penginapan mereka untuk membawa Low ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek, sebelum beliau disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada 9.20 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sharif Shai berkata pemeriksaan awal ke atas tubuh mangsa tidak menemukan sebarang unsur jenayah, dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai yang ingin menjalankan aktiviti menyelam supaya memastikan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal berada dalam keadaan baik.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan