WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ahmad Zaini Pangku Jawatan Presiden ISWAMI Malaysia Mulai 1 Ogos

17/07/2025 03:20 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman akan memangku jawatan Presiden ISWAMI Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Setiausaha Agung ISWAMI Malaysia Mohd Shukri Ishak berkata pemangkuan itu susulan peletakan jawatan Presiden ISWAMI Malaysia Ashwad Ismail, yang berkuat kuasa pada 31 Julai.

Beliau berkata pemangkuan itu akan berkuat kuasa sehingga Mesyuarat Agung ISWAMI Malaysia yang dijangka diadakan akhir tahun ini, dengan pemilihan kepimpinan baharu bagi penggal 2025-2027 akan dilaksanakan.

“Ahli Majlis Tadbir ISWAMI Malaysia Datuk Lichong Angkui, mengusulkan Timbalan Presiden memangku jawatan Presiden dan mendapat sokongan Naib Presiden 2 Kamarudin Mape.

“Merujuk Perlembagaan ISWAMI, Perkara 8 (vi), (vii) dan (viii), jika berlaku kekosongan jawatan Presiden, jawatan tersebut hendaklah dipangku oleh Timbalan Presiden,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shukri berkata ISWAMI Malaysia menghormati keputusan Ashwad meletakkan jawatan serta mengucapkan setinggi penghargaan atas sumbangannya serta mendoakan beliau terus maju jaya.

Semalam, Ashwad mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden ISWAMI Malaysia berkuat kuasa 31 Julai ini selaras dengan komitmen baharu sebagai Ahli Lembaga Pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) bermula 15 Julai.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan