WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Sindiket Seludup Dikesan Guna Taktik Tarik Bot Tanpa Hidupkan Enjin - KPDN Kelantan

22/07/2025 04:06 PM

KOTA BHARU, 22 Julai (Bernama) -- Sindiket penyeludupan di negeri ini dikesan menggunakan modus operandi baharu dengan hanya menarik bot yang penuh berisi barang kawalan menggunakan tali untuk dibawa menyeberang Sungai Golok bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan Azman Ismail berkata taktik berkenaan menyebabkan kegiatan itu sukar dikesan kerana tiada bunyi enjin di samping dilakukan pada waktu malam.

“Sejak pelaksanaan penutupan (pengkalan haram) pada 1 Dis tahun lepas, kes penyeludupan memang berkurangan dengan ketara. Namun, kini sindiket menggunakan taktik baharu,” katanya kepada pemberita selepas Ops Kesan 4.0 di sebuah pasar raya di Pasir Tumboh di sini hari ini.

Azman berkata KPDN dengan kerjasama agensi penguat kuasa lain akan terus memperketat kawalan di kawasan sempadan, termasuk pada waktu malam bagi mengekang ketirisan barangan kawalan.

“Apabila muncul taktik baharu seperti ini, ia menjadi cabaran besar untuk kami membendung ketirisan. Namun, kami tetap komited membanteras walaupun penyeludupan masih berlaku hampir setiap hari.

“Malah hari ini sahaja kita telah merekodkan satu kes melibatkan penyeludupan 50 kotak minyak masak dan 150 peket (tepung) gandum,” katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan