WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Terbuka China: Tang Jie-Ee Wei Tersingkir Di Suku Akhir

25/07/2025 04:41 PM

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Perjalanan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Terbuka China 2025 di Changzhou, berakhir di pusingan suku akhir hari ini. 

Tang Jie-Ee Wei, gagal menepati status pilihan keempat apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan straight set oleh pasangan bukan pilihan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, 19-21, 15-21, dalam pertarungan selama 43 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik. 

Keputusan hari ini merupakan kekalahan pertama gandingan Malaysia itu di tangan Xin Wa-Fang Hui dalam tiga pertemuan. 

Xin Wa-Fang Hui akan berdepan sama ada dengan juara bertahan yang juga rakan senegara Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, di separuh akhir, esok

Sementara itu, beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mengalami nasib sama selepas mereka tewas kepada pasangan tuan rumah Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, 7-21, 15-21.

Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut Pei Kee-Mei Xing menentang Yi Fan-Shu Xian sejak pertemuan pertama mereka di Terbuka Malaysia 2025, Januari lepas.

Pada separuh akhir nanti, pasangan China itu akan berdepan sama ada gandingan utama negara Pearly Tan-M.Thinaah atau Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun, yang perlawanan mereka dijadual berlangsung lewat hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan