KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kebakaran hutan di dua lokasi di Rawang dekat sini berjaya dipadamkan sepenuhnya petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran hutan melibatkan kawasan seluas 60 ekar di Felda Sungai Buaya yang bermula lewat petang semalam berjaya dipadamkan pada 4.26 petang.
Beliau berkata lokasi kebakaran hutan kedua di Bandar Gamuda Garden melibatkan kawasan seluas 53 ekar yang juga bermula semalam berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.28 petang.
"Seramai 12 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, BBP Rawang dan BBP Batu Arang bersama tiga jentera terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Tiada kecederaan atau kemalangan dilaporkan sepanjang operasi di dua lokasi berkenaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial