KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 64 pemain badminton kurang upaya intelektual dan perkembangan (IDD) bakal berentap pada Pertandingan Badminton Asia Pasifik Olimpik Khas 2025 yang dijadual berlangsung buat julung kali di Malaysia pada 17 hingga 20 September ini.
Menurut kenyataan Olimpik Khas Malaysia, pertandingan berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara di sini, melibatkan penyertaan 17 lagi rakan unified partners (rakan bersatu) yang juga pemain bukan kurang upaya dalam usaha memupuk semangat kesepaduan dalam sukan.
“Para peserta adalah daripada program Olimpik Khas di 10 negara, iaitu Bangladesh, India, Indonesia, Maldives, Pakistan, Papua New Guinea, Filipina, Singapura, Thailand dan Malaysia.
“Mewakili negara tuan rumah ialah 12 atlet Malaysia dengan IDD dan empat rakan unified partners , bersedia beraksi di gelanggang dengan sokongan padu daripada penyokong tanah air,” menurut kenyataan itu hari ini.
Kejohanan melibatkan dua kategori umur, iaitu 16 hingga 21 tahun dan 22 hingga 33 tahun, mempertandingkan acara perseorangan dan beregu lelaki serta wanita, termasuk beregu unified yang menyaksikan pemain dengan dan tanpa IDD berpasukan serta bersaing bersama.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial