WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dua Maut Kereta Dinaiki Terbabas, Rempuh Pembahagi Jalan

06/08/2025 03:34 PM

KLUANG, 6 Ogos (Bernama) -- Dua lelaki maut manakala seorang lagi lelaki terselamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas di KM68.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, berhampiran Simpang Renggam, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata kemalangan kira-kira 8 pagi itu menyebabkan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X50 itu, G. Logharaj, 21, dan penumpang hadapan S. Seelankumar, 26, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala serta badan.

“Penumpang belakang, P. Roshaan, 21, tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan di bahagian tengah lebuh raya berkenaan.

Kemalangan berkenaan sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan