BERITA TERGEMPAR   Coordination of aid for Pantai Dalam fire victims, meeting sessions with victims and shop operators to be arranged – Fahmi | 
 WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Empat Lelaki Rempuh Anggota Polis Sehingga Maut Direman Tujuh Hari

08/08/2025 12:19 PM

ALOR SETAR, 8 Ogos (Bernama) -- Empat lelaki yang menaiki sebuah kenderaan dan disyaki merempuh seorang anggota polis sehingga maut dalam kejadian di Taman Golf, di sini semalam, direman tujuh hari bermula pada hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hingga 14 Ogos ini.

Sebelum itu, kesemua suspek berumur antara 24 hingga 26 tahun itu dibawa ke kompleks mahkamah berkenaan dengan menaiki van polis pada 8.45 pagi sebelum keluar dari pekarangan mahkamah pada 9.55 pagi.

Semalam, media melaporkan seorang anggota polis maut selepas dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki empat lelaki dipercayai suspek yang sedang melakukan jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Golf, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, mangsa Koperal Mohd Hafizul Izham Mazlan, 35, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kedah, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada anggota badan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan