WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pemangku Sultan Johor Akan Berangkat Hadiri Sambutan Hari Kebangsaan Singapura Ke-60

08/08/2025 09:26 PM

SINGAPURA, 8 Ogos (Bernama) – Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail akan berangkat menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP 2025) ke-60 Singapura di Padang pada Sabtu.

Kementerian Luar Singapura (MFA) memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga akan hadir mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah turut dijadual berangkat hadir. Pemimpin serantau lain yang dijadual hadir termasuk Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

“Singapura berbesar hati dengan kehadiran orang kenamaan dari negara jiran terdekat pada sambutan bersejarah ini.

Kehadiran mereka menekankan ikatan geografi dan sejarah yang dikongsi bersama serta mencerminkan kekuatan berterusan persahabatan kita,” kata MFA dalam satu kenyataan pada Jumaat.

NDP 2025 bertemakan “Majulah Singapura” akan menampilkan bilangan kontinjen terbesar dalam segmen perbarisan dan istiadat, bagi meraikan ulang tahun jubli intan kemerdekaan Singapura.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan