WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Dewan Rakyat Lulus Usul Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat

12/08/2025 01:57 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat untuk meminda beberapa peruntukan dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Usul dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.

Azalina ketika mengemukakan usul itu berkata cadangan pindaan itu bertujuan meningkatkan tahap akauntabiliti badan eksekutif kepada Dewan Rakyat, selain berikutan pengenalan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025.

“Ia juga bagi mengukuhkan taraf Jawatankuasa Pilihan Khas kepada Jawatankuasa Pilihan Tetap, memasukkan beberapa amalan dan petua yang telah diikuti di Dewan Rakyat dalam Peraturan Mesyuarat dan memudahkan Ahli Parlimen dalam urusan Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata Mesyuarat Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang diadakan pada 23 Julai lepas bersetuju meminda perkara, antaranya penamaan anggota dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen di bawah Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 oleh Jawatankuasa Pemilih.

Selain itu, keperluan notis satu hari untuk merujuk rang undang-undang kepada Jawatankuasa Pilihan dan memanggil semula jika dewan tidak cukup korum.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan