WILAYAH - SARAWAK > BERITA

HSNI Cari Waris Warga Emas Meninggal Dunia

13/08/2025 10:24 AM

BATU PAHAT, 13 Ogos (Bernama) -- Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini sedang mencari ahli keluarga atau waris kepada seorang warga emas yang telah meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu pada 27 Julai lepas.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, HSNI memaklumkan lelaki itu, Morsani Othman, 69, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan dimasukkan ke wad pada 25 Julai.

“Sehingga kini jenazah terbabit masih ditempatkan di Unit Perubatan Forensik HSNI dan alamat terakhirnya adalah di Kampung Parit Warijo, Sri Medan.

“Pihak hospital meminta keluarga atau waris terdekat supaya menghubungi unit forensik HSNI di talian 07-436 3076 bagi proses pengurusan tuntutan jenazah berkenaan,” kata kenyataan itu hari ini.

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan