WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Polis Kesan Individu Terlibat, Saksi Kes Wanita Terjun Kenderaan

18/08/2025 06:29 PM

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Polis mengesan individu terlibat dan saksi kejadian seorang wanita terjun keluar daripada sebuah kenderaan di Lebuhraya Sprint di sini, yang tular menerusi video berdurasi 14 saat.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata video itu dimuat naik menerusi akaun Facebook Lion Wong memaparkan seorang wanita telah membuka pintu dan keluar ketika kenderaan itu sedang bergerak laju di laluan kedua lebuh raya terbabit.

“Wanita tersebut telah bergolek di atas jalan raya dan hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan. Polis Diraja Malaysia mengesahkan setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.

“Orang ramai yang terlibat atau saksi kejadian diminta tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan