WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pemandu Maut Langgar Lori Bawa Muatan Tembikai Di Kamunting

19/08/2025 08:19 AM

IPOH, 19 Ogos (Bernama) -- Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi. 

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata bomba menerima panggilan pada 5.18 pagi dan sepasukan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian. 

"Anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk buat potongan pada bahagian lori," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan. 

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.52 pagi. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan