WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Kilang Stor Penyimpanan Wayar "Harness" Perodua Terbakar 80 Peratus Di Batang Kali

25/08/2025 09:56 AM

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Sebuah kilang stor penyimpanan wayar harness untuk kilang Perodua di Jalan Ipoh, Batang Kali, dekat sini, musnah kira-kira 80 peratus dalam kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 4.45 pagi, sebelum jentera pertama daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 5.07 pagi.

Beliau berkata operasi pemadaman turut membabitkan BBP Bukit Sentosa dan BBP Rawang dengan kekuatan 26 anggota.

Beliau berkata kebakaran melibatkan bangunan kelas A berstruktur besi berkeluasan 100x80 kaki persegi dan ketika anggota tiba, api sedang marak.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 5.45 pagi dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jentera digunakan terdiri dariada dua Fire Rescue Tender (FRT), satu Compact Fire Rescue Tender (CFRT), dua unit Bantuan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS), sebuah Water Tanker serta sebuah pacuan empat roda jenis Triton milik Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Ahmad Mukhlis berkata kerja-kerja overhaul sedang dijalankan di lokasi bagi memastikan kebakaran benar-benar dipadamkan sepenuhnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan