KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Menteri Pertahanan Singapura Chan Chun Sing di Bangunan Parlimen, hari ini.
Dalam pertemuan itu, perbincangan menumpukan kepada kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan serantau selaras dengan aspirasi ASEAN untuk mengekalkan keamanan serta kestabilan di Asia Tenggara.
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada republik itu atas sokongan terhadap dialog damai Kemboja–Thailand.
“Saya juga menyampaikan penghargaan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-60 Singapura, selain menyatakan harapan terhadap Sesi Pemukiman Tahunan Pemimpin Malaysia–Singapura pada Disember nanti,” kata beliau dalam kenyataan menerusi media sosialnya hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial