WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Penutupan Jalan Sempena Raptai Dan Sambutan Hari Kebangsaan Di Seremban 

27/08/2025 02:25 PM

SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) -- Beberapa jalan di sekitar bandar ini akan ditutup bagi memberi laluan kepada sesi raptai dan acara sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini di pentas utama di Padang Majlis Bandaraya Seremban, Jalan Yam Tuan bermula esok, Jumaat dan Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohammad Hatta Che Din berkata penutupan dan lencongan jalan akan bermula esok 7 pagi hingga 12 tengah hari dan 6 pagi hingga 12 tengah hari (Jumaat dan Ahad).

"Perarakan dan perbarisan akan melalui Jalan Berhala (kuil), Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, Jalan Dato’ Bandar Tunggal. Oleh itu, jalan yang terlibat akan ditutup termasuk Lorong Jawa, Jalan Lee Kee Seong dan bulatan Istana.

"Sebagai alternatif, pengguna jalan raya boleh melalui Jalan Tunku Munawir, Jalan Dato Lee Fong Yee, Jalan Tunku Hassan, Jalan Dato Abdul Malek, Jalan Dato Abdul Kadir dan Jalan Tun Abdul Said," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pengguna jalan raya  dinasihatkan supaya tidak menggunakan laluan tersebut pada waktu dinyatakan serta disaran mematuhi arahan pegawai dan anggota trafik bertugas. 

Sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban di talian 06-6033477 / 06-6014999.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan