SEREMBAN, 27 Ogos (Bernama) -- Jumlah penagih dadah di Negeri Sembilan setakat ini menunjukkan penurunan 900 kes kepada 5,600 orang, berbanding 6,500 orang direkodkan tahun lepas, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata penurunan itu sekali gus menjadikan negeri ini sebagai negeri kedua terendah mencatatkan jumlah penagih dadah di negara ini.
Beliau berkata pencapaian itu hasil pelaksanaan pelbagai pendekatan bersepadu antara Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bersama komuniti dan kepimpinan setempat.
"Banyak kawasan merah kini telah ‘dihijaukan’ dan kawasan hijau pula telah pun kita 'kuningkan' dan ini adalah hasil intervensi berterusan semua pihak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco di Wisma Negeri hari ini.
Dalam perkembangan lain, Aminuddin berkata kerajaan negeri akan menaik taraf kemudahan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi bagi keselesaan pengunjung.
Beliau berata kerja membaik pulih akan dilakukan dalam masa terdekat ini bagi memastikan kemudahan asas seperti tempat duduk, tandas dan ruang solat dapat digunakan dengan baik.
"Majlis Bandaraya Seremban diarahkan untuk bersihkan tandas, tempat solat dan sediakan air secukupnya dalam tandas," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial