WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM Anwar Zahir Dukacita Tragedi Gempa Bumi Afghanistan, Tanah Runtuh Sudan

03/09/2025 10:32 AM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan dukacita terhadap bencana gempa bumi yang melanda Afghanistan sehingga meragut banyak nyawa serta meninggalkan keluarga mangsa dalam kesedihan dan kesusahan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar turut menyatakan rasa pilu apabila menerima khabar mengenai kejadian tanah runtuh dahsyat di Sudan yang meragut lebih 1,000 nyawa.

“Takziah dan doa saya iringi buat semua yang kehilangan insan tersayang.

“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Afghanistan dan Sudan dalam saat penuh dukacita ini,” katanya.

Semalam, Bakhtar News Agency (BNA) melaporkan jumlah korban akibat gempa bumi berukuran 6.0 magnitud di Wilayah Kunar, timur Afghanistan, meningkat kepada 1,411 orang, manakala 3,124 lagi cedera.

Gempa bumi itu turut memusnahkan 5,412 kediaman di Kunar, iaitu kawasan pusat bencana berkenaan.

Di Sudan, lebih 1,000 orang terkorban akibat tanah runtuh yang berlaku susulan hujan lebat di sebuah kampung di Negeri Darfur Tengah, barat Sudan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan