WILAYAH - SABAH > BERITA

Lelaki Maut Tertimbus Tanah Runtuh Di UMS

06/09/2025 07:25 PM

KOTA KINABALU, 6 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira 3 meter ketika menjalankan kerja-kerja menggali dan menanam paip di kawasan Universiti Malaysia Sabah di sini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 22 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

“JBPM menerima panggilan kecemasan mengenai insiden tanah runtuh berkenaan pada 1.45 tengah hari sebelum ke lokasi kejadian sejauh 14 kilometer,” menurut kenyataan itu.

Pihak bomba mengeluarkan mangsa dengan menggali tanah di tempat kejadian dan membawanya naik menggunakan pengusung sebelum diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama jentera, Polis Diraja Malaysia dan pegawai Kementerian Kesihatan berada di lokasi kejadian sebelum operasi tamat pada 2.50 petang.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan