BAGAN DATUK, 7 Sept (Bernama) -- Parti MIC akan diminta memberi penjelasan kepada Barisan Nasional (BN) susulan tindakan Timbalan Ketua Pemudanya K. Kesavan hadir ke perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Armada Bersatu, semalam.
Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, akan memohon parti itu memberi penjelasan secara bertulis berhubung perkara itu.
Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata terserah kepada kepimpinan MIC untuk mengambil sebarang tindakan disiplin mengikut peraturan parti itu.
“Ini merupakan satu manifestasi yang tidak baik, tidak sepatutnya mana-mana parti gabungan BN menghantar wakil sama ada secara peribadi ataupun secara rasmi menghadiri sebarang mesyuarat dianjurkan parti di luar Kerajaan MADANI,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Motivasi Desa (MODE)@KEMAS KKDW dan Program Bakti MADANI@KPT, di sini hari ini ketika ditanya sekiranya BN akan mengenakan sebarang tindakan disiplin terhadap MIC ekoran kejadian itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial