WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Tiada Gangguan Bekalan LNG Ketika Ini Di Kemudahan Bintulu - Petronas

09/09/2025 12:01 AM

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata operasi gas asli cecair (LNG) syarikat itu tidak terjejas dan tiada gangguan bekalan di kemudahan LNG miliknya di Bintulu, Sarawak.

Dalam satu kenyataan di sini malam ini, syarikat minyak nasional itu berkata ia mengambil maklum pengumuman Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung potensi risiko keselamatan di kemudahannya di Bintulu.

“Kami memandang serius perkara sebegini dan sedang bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkuasa untuk menilai serta menangani situasi berkenaan.

“Pada masa ini, operasi kami tidak terjejas dan bekalan kami tidak mengalami sebarang gangguan. Perlu diyakini bahawa keselamatan dan kesejahteraan pekerja, kontraktor dan komuniti di sekeliling kami terus menjadi keutamaan kami,” kata Petronas.

Terdahulu, MKN memaklumkan bahawa kerajaan telah mengarahkan semua kemudahan LNG di Bintulu diperketatkan kawalan keselamatan susulan ancaman keselamatan terhadap kemudahan berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan