WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Beaufort Dilanda Banjir

09/09/2025 10:22 PM

KOTA KINABALU, 9 Sept (Bernama) -- Beaufort diisytiharkan sebagai kawasan bencana selepas banjir melanda daerah itu akibat hujan lebat berterusan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beaufort Mohd Nazri Ajun, berkata pengisytiharan itu dibuat berdasarkan laporan serta maklumat terkini di lapangan yang diterima daripada agensi-agensi terlibat.

Beliau, yang juga Pegawai Daerah Beaufort berkata sehubungan itu Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon di daerah itu telah diaktifkan bagi menempatkan penduduk yang terkesan akibat bencana tersebut.

“PPK Selagon dibuka selepas pemeriksaan kawasan dan rumah Penduduk Terjejas Bencana (PTB) telah tidak selamat untuk didiami,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga 6 petang ini di beberapa kawasan antaranya Beaufort, Kota Kinabalu, Papar, Putatan, Penampang, Tuaran, Kota Belud, Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Tambunan, Kota Marudu dan Pitas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan