KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kerosakan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad di Melaka akibat kebakaran pagi ini akan segera dibaiki.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika memberi jaminan itu berkata Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan bahagian-bahagian Kementerian Pendidikan yang terlibat telah diminta mengambil tindakan segera.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kejadian menjejaskan bahagian bangunan yang menempatkan bilik guru.
“Syukur tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan melibatkan guru, murid dan warga sekolah,” katanya menerusi hantaran itu dan turut berkongsi gambar kerosakan akibat kebakaran itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial