WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ekonomi China Berdaya Tahan Pada Separuh Pertama 2025

11/09/2025 05:19 PM

BEIJING 11 Sept (Bernama-CMG) -- Dalam sesi ke-17 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-14 yang sedang  berlangsung di sini pada Rabu, para wakil telah membahaskan laporan Dewan Negara mengenai pelaksanaan rancangan pembangunan sosioekonomi kebangsaan pada tahun 2025 yang menyebut ekonomi di negara ini terus berada dalam trend pertumbuhan yang kondusif dan landskap kemasyarakatan kekal stabil pada separuh pertama tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan (NDRC) China,  Zheng Shanjie berkata, terdapat tiga aspek yang menonjol dalam pertumbuhan ekonomi di negara ini, iaitu pelbagai petunjuk  ekonomi utama kelihatan memberangsangkan di sebalik situasi yang penuh tekanan, terbukti dengan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 0.3 mata peratus kepada 5.3 peratus tahun ke tahun.

Selain itu, landskap ekonomi yang akomodatif berdaya tahan, sedangkan strukturnya dapat terus dioptimumkan, misalnya pelaburan aset tetap meningkat 1.6 peratus dalam tempoh  tujuh bulan pertama.

Terakhir, sektor inovasi berkembang pesat sementara  penggerak baharu bagi pertumbuhan ekonomi pun semakin banyak dan kuat.

China telah berturut-turut mencapai lonjakan besar dalam mengatasi permasalahan yang wujud dalam teknologi  kritikal dan meningkatkan komponen aplikasi domestik, yang dilihat terus menyumbang kepada peningkatan nilai tambah industri pembuatan berteknologi tinggi yang bersaiz besar kepada 9.5 peratus bagi tempoh tujuh bulan pertama 2025.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa ekonomi China yang berdaya tahan mempunyai asas yang stabil, dominasi yang ketara dan potensi perkembangan yang besar, dan semakin kondusif bagi menyokong pembangunan berkualiti tinggi.

China yang dipercayai berkemampuan, berkeyakinan,  berazam untuk menghadapi pelbagai risiko dan cabaran yang wujud sepanjang proses pembangunan, dan mendorong ekonomi berkembang ke arah yang lebih stabil dan sihat. 

 Zheng Shanjie berkata untuk memacu gerak kerja ekonomi bagi separuh tahun kedua, usaha perlu dibuat untuk memastikan pengambilan pekerja, perniagaan, operasi pasaran dan jangkaan pasaran kekal stabil, memangkin kitaran pasaran dalam negara dan kitaran pasaran domestik-antarabangsa yang terbuka serta saling menggalakkan, sekali gus berusaha melengkapkan matlamat pembangunan sosioekonomi bagi sepanjang tahun.

–BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan