WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pemimpin Parti Politik Ditahan Berhubung Kekecohan Di Kampung Sungai Baru 

15/09/2025 02:16 PM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Seorang pemimpin sebuah parti politik dari Selangor ditahan awal pagi tadi berhubung insiden kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres di Kampung Sungai Baru di sini, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata penahanan lelaki berkenaan adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186, 353 dan 324 Kanun Keseksaan.

“Ya, saya sahkan penahanan seorang individu bersabit kes Kampung Sungai Baru tempoh hari,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada Sabtu lepas, tujuh suspek lelaki berusia lingkungan 15 hingga 50 tahun telah ditahan berhubung insiden itu dan siasatan mendapati mereka bukanlah penduduk kampung berkenaan.

Siasatan juga mendapati mereka adalah ketua dan ahli sebuah pertubuhan namun belum dapat didedahkan jika mereka mempunyai agenda atau kepentingan lain berhubung insiden itu.

Insiden itu turut menyebabkan Sulizmie Affendy mengalami kecederaan di kepala.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan