WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Suspek Kes Charlie Kirk Didakwa Atas Kesalahan Membunuh

17/09/2025 12:54 PM

LOS ANGELES, 17 Sept (Bernama-Xinhua) -- Tyler Robinson, suspek yang dituduh membunuh aktivis politik Amerika Syarikat (AS) Charlie Kirk telah didakwa secara rasmi atas kesalahan membunuh, menurut pihak berkuasa Utah pada Selasa, lapor Xinhua.

Selain itu, Robinson turut berdepan beberapa pertuduhan lain termasuk menghalang siasatan, melepaskan tembakan menggunakan senjata api hingga menyebabkan kecederaan serius, mengganggu saksi serta melakukan jenayah keganasan di hadapan kanak-kanak, kata Peguam Daerah Utah Jeff Gray pada sidang akhbar.

Gray berkata pihak pendakwa akan menuntut hukuman mati terhadap suspek, sambil menjelaskan bahawa peluru yang mengenai Kirk hampir mengenai beberapa individu lain.

Kirk, 31, ditembak di bahagian leher ketika berucap di hadapan orang ramai pada acara debat terbuka “Prove Me Wrong” di Universiti Utah Valley sekitar tengah hari Rabu lalu.

Kira-kira 33 jam selepas insiden itu, suspek berusia 22 tahun itu ditahan di Washington County, Utah.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan