WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Ahmad Zahid Ucap Tahniah Kepada Tang Jie-Ee Wei Rangkul Naib Juara Masters China

21/09/2025 09:01 PM

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei atas kejayaan muncul naib juara Masters China 2025.

Menerusi hantaran Facebook hari ini, Ahmad Zahid berkata walaupun juara dunia beregu campuran itu tidak membawa pulang kejuaraan kali ini, namun ia sama sekali bukan penamat.

“Kalian telah membuktikan kemampuan di pentas dunia, selepas muncul Juara Dunia 2025 di Perancis baru-baru ini.

“Teruskan perjuangan dengan semangat yang tidak pernah luntur, kalian inspirasi buat kami semua. Terus Mara, Malaysia Boleh,” katanya.

Ahmad Zahid juga menyifatkan Tang Jie-Ee Wei sebagai juara di hati seluruh rakyat Malaysia. 

Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara Masters China 2025 selepas tewas kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran pada perlawanan akhir hari ini. 

Pada perlawanan di Shenzhen Arena, pasangan itu tewas 8-21, 17-21 dalam tempoh 35 minit. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan