WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Presiden Venezuela Siap Sedia Berdialog Dengan AS Mengenai Usaha Banteras Pengedaran Dadah

02/01/2026 07:03 PM

CARACAS, 2 Jan (Bernama-Xinhua) -- Presiden Venezuela Nicolas Maduro dalam satu siaran televisyen pada Khamis berkata yang beliau bersedia sekiranya Washington mahu mengadakan rundingan serius mengenai perjanjian untuk membanteras pengedaran dadah, lapor Xinhua.

Maduro berkata ramai pihak, termasuk dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat (AS), tidak mempercayai naratif mengenai pengeluaran dadah di Venezuela, sambil menegaskan bahawa kedua-dua Venezuela dan AS perlu mengadakan dialog serius berasaskan fakta.

Beliau berkata Venezuela bersedia menerima pelaburan AS pada bila-bila masa, termasuk pelaburan daripada syarikat minyak AS Chevron, sekiranya AS memerlukan minyak Venezuela.

Naib Presiden Venezuela merangkap Menteri Petroleum Delcy Rodriguez, mengesahkan dalam satu hantaran media sosial pada Disember 2025 yang sebuah kapal tangki minyak Chevron yang membawa minyak mentah telah meninggalkan Venezuela secara sah menuju ke AS.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, AS mengekalkan kehadiran ketenteraan yang ketara di kawasan Caribbean, sebahagian besarnya di perairan luar pesisir Venezuela, yang didakwa bertujuan untuk “membanteras  pengedaran dadah”.

-- BERNAMA-XINHUA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan