KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Situasi banjir di Sarawak semakin pulih manakala Sabah mencatatkan sedikit peningkatan jumlah mangsa setakat 8 pagi ini.
Di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Bekenu, Miri berkurangan kepada 135 orang daripada 46 keluarga berbanding 185 orang daripada 54 keluarga pada 4 petang semalam.
Sementara itu, Sabah menyaksikan sedikit peningkatan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort dan Tenom kepada 1,224 orang daripada 433 keluarga pagi ini berbanding 1,206 orang daripada 425 keluarga petang semalam.
Sekretariat JPBN Sabah memaklumkan bencana itu menjejaskan penduduk di sembilan kampung di Beaufort dan lima kampung di Tenom.
Menurut kenyataan itu, Beaufort merekodkan 661 mangsa banjir daripada 223 keluarga manakala di Tenom, seramai 563 orang daripada 210 keluarga terjejas.
Sebanyak lapan PPS dan satu pusat pemindahan kekal (PPK) kini beroperasi di kedua-dua daerah bagi menempatkan semua mangsa yang terjejas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial