TBILISI, 13 Jan (Bernama-dpa) -- Bekas Perdana Menteri Georgia Irakli Garibashvili dipenjarakan lima tahun atas kesalahan pengubahan wang haram, lapor lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Garibashvili bersetuju untuk perjanjian pengakuan, menurut pihak pendakwa. Dia sebelum ini berdepan tempoh pemenjaraan lebih lama.
Selain penjara, Garibashvili turut dikenakan denda satu juta lari Georgia (US$371,120).
Wang yang dirampas dalam satu pemeriksaan di rumahnya, didakwa daripada aktiviti jenayah, diserahkan kepada negara, menurut kenyataan itu.
Peguam Garibashvili memberitahu media tempatan jumlah wang berkenaan adalah kira-kira US$6.5 juta.
Garibashvili dua kali berkhidmat sebagai perdana menteri Georgia iaitu kali pertama dari 2013 hingga 2015 dan sekali lagi dari 2021 hingga 2024.
Pada kedua-dua tempoh itu dia meletakkan jawatan sebelum tamat penggal. Dia turut berkhidmat sebagai pengerusi parti pemerintah Georgian Dream.
Garibashvili berundur daripada politik tahun lepas atas alasan mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarganya dan bekerja di sektor swasta.
-- BERNAMA-dpa
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial