PENAMPANG, 13 Jan (Bernama) -- Polis mengesahkan sebuah ladang penternakan buaya di daerah ini yang tular menerusi satu klip video berkaitan habitat reptilia itu, beroperasi secara sah.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata bertindak atas maklumat video berdurasi satu minit itu, sepasukan anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di ladang berkenaan.
Beliau berkata siasatan mendapati video tular itu dipercayai dirakam berhampiran ladang penternakan terbabit.
“Hasil pemeriksaan mendapati ladang berkenaan beroperasi secara sah dan memiliki lesen penternakan serta lesen jual beli daging buaya yang sah, yang dikeluarkan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
“Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam serta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sammy berkata pihaknya sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial