WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Industri Automotif China Raih Prestasi Cemerlang Pada 2025

15/01/2026 01:33 PM

BEIJING, 15 Jan (Bernama-CMG) -- Industri automotif China terus mempamerkan daya tahan yang kukuh serta kedinamikan sepanjang 2025 apabila mencatatkan rekod baharu dalam jumlah pengeluaran dan jualan.

Persatuan Pengilang Automobil China (CAAM) memaklumkan jumlah pengeluaran melonjak 10.4 peratus kepada 34.53 juta unit, manakala jualan meningkat 9.4 peratus kepada 34.4 juta unit berbanding tahun sebelumnya.

Pencapaian itu membolehkan China mengekalkan kedudukan sebagai pasaran automotif terbesar dunia untuk tahun ke-17 berturut-turut.

Sementara itu, kenderaan tenaga baharu (NEV) terus mendominasi pasaran tempatan dengan menyumbang lebih 50 peratus kepada jumlah keseluruhan jualan domestik.

Menurut data terkini CAAM, China mengeksport sebanyak tujuh juta unit kenderaan ke pasaran luar negara sepanjang 2025. Daripada jumlah itu, eksport NEV melepasi 2.6 juta unit, iaitu peningkatan sekali ganda berbanding tahun sebelumnya.

Naib Setiausaha Agung CAAM Chen Shihua menyatakan bahawa industri automotif China terus mencatat kemajuan penting apabila tahap elektrifikasi, kepintaran dan perangkaian semakin diintegrasikan sehingga menjadi kelebihan utamanya.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan