WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Barangan Premium China Dapat Sambutan Di Pasaran Global

15/01/2026 01:35 PM

BEIJING, 15 Jan (Bernama-CMG) -- Syarikat eksport China giat memacu pembangunan inovatif sambil berusaha menyesuaikan produk keluaran mereka dengan keperluan pasaran antarabangsa.

Naib Ketua Jabatan Pentadbiran Am Kastam China (GACC), Wang Jun berkata barangan premium buatan China mendapat sambutan meluas di pasaran global pada 2025.

"Sebagai contoh, menerusi pengintegrasian teknik pembuatan tradisional dengan budaya asing, syarikat China berjaya menghasilkan pokok porselin bercorak unik yang menjadi pilihan baharu untuk perhiasan hari perayaan di luar negara.

"Penyaman udara padang pasir yang dibangunkan oleh syarikat perkakas rumah China masih boleh berfungsi dengan normal walaupun suhu luar melebihi 60 darjah Celsius," katanya.

Menurut Wang, perdagangan produk kecerdasan buatan (AI) China turut mencatatkan perkembangan yang memberangsangkan pada tahun lepas.

Beliau memaklumkan bahawa jam tangan dan mainan pintar buatan China kini menembusi pasaran di lebih 170 negara dan wilayah.

Selain itu, robot pengangkut dengan sistem penglihatan dan algoritma mampu mengelak halangan secara pintar, manakala robot pengimpal berupaya membuat perancangan terbaik berkaitan kerja kimpalan secara automatik.

Kedua-dua robot itu kini memainkan peranan penting dalam projek infrastruktur mega di luar negara.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan