WILAYAH - SARAWAK > BERITA

Pearly-Thinaah, Aaron Wooi Yik Teruskan Cabaran Malaysia Di Terbuka India

16/01/2026 07:52 PM

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan cabaran Malaysia di Terbuka India 2026 selepas mengecewakan wakil Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu pada aksi suku akhir di New Delhi sebentar tadi. 

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu menumpaskan Pei Shan-Hung En Tzu 21-16, 21-10 dalam perlawanan yang berlangsung 33 minit di Kompleks Sukan Indira Gandhi.

Pearly-Thinaah bakal berdepan gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto pada aksi separuh akhir esok.

Sementara itu, beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan gandingan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po Hsuan 21-19,21-14. 

Pasangan nombor dua dunia itu dijangka bertemu sama ada Liu Kuang Heng-Yang Po Han dari Taiwan atau Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita dari Jepun di separuh akhir esok. 

Bagaimanapun, beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Lai Jemie tewas kepada pilihan nombor satu kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping (China), 19-21, 21-19, 18-21.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan